Ada tak orang macam saya yang masa kecik-kecik dulu (sekolah rendah) selalu berangan bila besar dah bekerja nak duduk satu rumah dengan kawan-kawan? Ala macam yang selalu dalam drama melayu kat TV tu la. Duduk satu rumah ada adegan masak sama-sama, breakfast sama-sama (wajib ada orange juice/susu,bread,jem mentega atas meja). Lepas tu kadang-kadang tak bertegur sapa sebab bergaduh berebut boyfriend (sambil hempas pintu bilik) dan tak kurang juga berebut bilik air sebab sorang nak mandi, sorang lagi sakit perut nak bewrak.
Angan-angan pelik itu tercapai masa saya study di UiTM Kota Samarahan. Final year. Masuk semester 5, tup tup semua student degree diarahkan untuk duduk di luar. Tak boleh duduk kat kolej asrama lagi sebab takut tak cukup penempatan untuk student diploma. Kita orang pun pasrah. Takpe takpe. Bagi peluang kat adik-adik diploma yang masih muda remaja takut tak biasa pulak nak duduk sewa di luar (padahal lagi advanced dari senior).

Dan inilah rumah sewa pertamaku. Kongsi dengan dua orang member. Mazrah & Debbie. Seorang dari Perak,seorang dari Bintulu. Mereka juga adalah coursemate dan classmate ku yang juga merangkap bestfriend ku. Mesti korang hairan kenapa saya nak jugak duduk di rumah sewa padahal saya orang Kuching. Alaa bukan jauh pun Kota Samarahan-Kuching. Bagi korang yang rajin nak ulang-alik, rajin nak bangun pukul 5 pagi, rajin nak hadap jamm, sure lah korang kata dekat. Tapi bagiku yang sedikit malas plus memang dah berangan dari kecik nak duduk satu rumah dengan member, jadi ku memilih untuk duduk menyewa di DESA ILMU, KOTA SAMARAHAN.
Kami duduk bertiga, bilik pun ada tiga. So takyah berebut! Semua dapat sorang satu bilik. Bila ketiga-tiga kami dah terperap dalam bilik masing-masing, mulalah episod berYM sesama sendiri. Padahal duduk satu rumah. Sebab masing-masing ada broadband dan laptop. Maklumlah student. Malas pulak nak ketuk pintu bilik semata-mata nak tanya soalan simple. Bila tengok member online YM terus BUZZ! "Wei Maz hari ni nak pegi bazar (Ramadhan) pukul berape?"
Jiran sebelah rumah pulak adalah terdiri dari lelaki bujang yang juga merupakan coursemate kami. Pernah sekali terdengar mereka bertengkar pasal nak buat nasi goreng. HAHAHAHAHA. Nasi goreng pun boleh jadi isu. Sebab saya duduk kat master room (rumah ni agak ganjil sebab master room kat belakang sekali dan dekat dengan dapur). Jadi,sudah tentulah master room ada toilet kan. Dari toilet boleh terdengar segala perbualan diaorang. Rasa lawak sangat! Dan dari toilet jugaklah mereka selalu melaung-laungkan nama saya jika ada urusan dan perkhabaran penting.
Contoh : "Aziahhhhhh,ada orang datang carik kau kat depan. Aziahhhh, keluar jap,aku nak pinjam nota ekonomi kau. Aziahhh,cakap dengan yang lain esok kelas cancel. Aziahhh,dinner malam ni start pukul 7.30 tapi semua AJK mesti datang awal."
Amboi dah jadi ahli mesyuarat toilet pulak. Yang selalu mengamalkan mesyuarat toilet itu adalah si Kamry. Kami panggil dia Toyota Camry. Thanks yer toyota camry sebab masa konvo kau tolong snap pic untuk aku and family.

Ini pulak rumah sewa kedua saya. Duduk kat sini masa final sem. Taknak dah duduk rumah yang ganjil tadi sebab owner dia tak jaga kebajikan penyewa. :")
Duduk di rumah sewa sebenarnya mengajar kita untuk
lebih berdikari. Kalau kat rumah family semua pakat harap kat mak jer kan. Tapi
bila kita duduk sendiri,kita dapat belajar banyak benda.
Contoh macam
mana nak jaga rumah, memasak, memastikan keperluan harian semua cukup,
kebersihan luar/dalam rumah dijaga, rumput dipotong, berjimat dengan air eletrik dan tak lupa juga macam mana nak jaga/ambil hati
jiran-jiran (maaf la yer ex jiran-jiran ku sebab aku selalu terbuat
bising seperti menyanyi dalam toilet, gelak kuat-kuat dan sebagainya
namun begitu aku rajin menggoreng cucur untuk disedekahkan ke rumah
sebelah.) Kehkehkehkeh.
Seronok tau duduk dengan member. Lagi-lagi dapat member yang satu kepala. Sekarang Desa Ilmu dah membangun. Macam-macam ada. Dulu takde pun meriah macam sekarang. Tapi segala kenangan manis sepanjang menjadi penyewa di Desa Ilmu tak akan ku lupakan sampai bila-bila. Betul apa orang selalu cakap, kehidupan semasa bergelar student (kolej/universiti) adalah antara kenangan yang terindah dalam hidup.
Rindu setengah mati. :'(