Ewah sebut pasal cinta suka la tu kan? Terus click gituew.. Manalah tau ada gambar boyfriend or cerita kecewa pasal cinta kat entri kali ni. Pastu nak gosip-gosipan and gelak-gelakan. Tak molek tau. Ok. gurau jer.
Jawapan kepada tajuk entri : CINTA ITU ADA DI MANA-MANA.
Tengok gambar yang sempat saya snap di bawah. Di atas jalan raya selepas hari kehujanan. Bentuk hati kan? Bukan saya yang buat ok. Bentuk hati ini dijumpai dan disedari oleh kawan saya yang bernama DIYANA (CapsLock kan nama dia sebab nak buat dia rasa glemer kejap) semasa dalam perjalanan (jalan kaki) menuju ke kantin ofis. Terus yang jadi mangsa untuk snap gambar adalah saya. Hani cakap boleh letak dalam belog (Thanks Hani sebab dah jadi salah seorang pembaca setia belog ku). Atas permintaan, saya buatkan juga entri ni.
Jadi cinta itu ada di mana-mana. Carilah cinta tanpa putus asa. Wah gituewww..
p/s : Diyana dan Hani, lupakan apa yang ku luahkan masa lunch tadi. Untuk kitew-kitew ajer tau. Dah taknak ingat dah. :'(
Petang-petang macam ni tiba-tiba lidah ni rasa nak makan benda-benda manis. Paling diidamkan adalah Tart Buah. Padahal baru makan beberapa hari lepas. Then teringin gak nak makan Ais Krim Goreng, Cake etc etc. Tengok gambar dan sila telan air liur. Hasil carian teman baik iaitu MISS GOOGLE.
Jom telan air liur bersama-sama. Tetiba ada gambar makanan kan? Sungguh menyimpang dari tajuk asal. Sekian.
