Wednesday, 28 March 2012

Minum GOOD MORNING

Lama tak update belog. Kesian belog kesayangan hamba. Sedar tak sedar kita dah sampai di penghujung cinta. Eh salah salah. Penghujung bulan Mac. Macam-macam pulak dugaan yang datang sepanjang bulan Mac ni. Mungkin saya akan kongsikan KISAH MAC saya di entri yang seterusnya. Sabar. Tunggu angin rajinku hingap di dedaunan. Hewhewhew.

Ok beralih kepada topik diskusi kita. Minum GOOD MORNING? Apa tu? Takde benda lain ke nak minum? Okay. Mesti ada yang dah tahu MAGNOLIA ada mengeluarkan produk minuman susu GOOD MORNING dan GOOD NIGHT.

                      Tadaaaaaa! Gambar diambil dari my BFF iaitu MISS GOOGLE.

Saya mula bertemu dan berkenalan dengan kedua minuman susu ni sewaktu travelling ke SABAH bulan Disember tahun lepas. Masa tu dapat arahan dari bos untuk jaga pameran. Sesampai je kat La Meridian Hotel Sabah, terus buka langkah menuju ke Centre Point. Oleh kerana keesokkan harinya kami akan melalui perjalanan yang panjang untuk ke tempat pameran, maka hajat di hati nak cari minuman yang boleh mengenyangkan dan melegakan usus perut. Terus mata ini bagaikan terpana terjumpa sesuatu yang tidak pernah terjumpa atau tidak terperasan selama ni. Chewah. Tanpa berlengah terus letak dalam bakul! Satu GOOD MORNING & satu GOOD NIGHT.

Sejujurnya ku akui GOOD MORNING lebih sedap berbanding GOOD NIGHT. Sebab yang GOOD MORNING ada rasa malt dan cereals. GOOD NIGHT lebih kepada rasa susu biasa. So, saya pilih GOOD MORNING. Ku Tlah Jatuh Cinta! (ala-ala Agnes Monica). Hari tu masa kursus kat Shah Alam pun saya beli GOOD MORNING kat Tesco Extra Shah Alam. Kat Kuching ni payah pulak nak jumpa. Hari tu kebetulan terjumpa kat Choice Supermall. Terus angkut 5 botol sekali. Boleh buat stok kat rumah. Jangan kata pagi, malam pun saya minum. Hihihihihiks.

Syhhh minum seorang diri dalam bilik di malam hari. Tak boleh share. Sorry.


Stok terakhir. Baru pagi tadi habiskan kat ofis. Terasa mengenyangkan. Ada member yang offer makanan pun terasa berat tangan ni nak ambil sebab masih kenyang kerana GOOD MORNING ku ini.

5 comments:

Anonymous said...

salam dear...saya terkilan sebab nama saya tidak disebut semasa awak mengatakan yang awak jumpa good morning drinking tu kat supermall....huhuhu....saya pun mahu GLAMOR mcm awak jugak....saya sedih bangat...huhuhu....:-(

Zee Azie said...

ada2 saja kau tu diana.. hahahahaha. malassskuuuuuu

Anonymous said...

i like your comment......it is not fair.....huhuhu

gadis pencinta alam said...

aku happy sangat today...coz azie reply komen aku....love u zie..zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz....alu tdo aku eh....nitez dear...

Zee Azie said...

dah sudahhhh.. malas nak layan! haha