Subhanallah. Cantiknya pelangi.
Gambar ini diambil tadi. Tadi saya balik kerja lewat sikit sebab konon nak settlekan few things. Tapi tangan ni gedik sangat bukak YouTube then taip sesuatu kat search box. Tak sangka pulak apa yg saya search tu memang ada kat YouTube. Guess what? Saya menangis after tgk video tu! Sungguh perempuan! (What video? You can ask me personally and perhaps I boleh tunjuk video tu then kita boleh nangis bersama!)
Then terdengar beberapa org my colleagues kecoh pasal kat luar hujan. Hah? Hujan. Tadi bukan panas ker? Sungguh tadi memang panas. Terfikir jugak takkanlah awan pun terikut emosi saya kot. Saya nangis, dia hujan (hiperbola sungguh ayatku).
Ok awas emosi tak stabil. Saya shut down pc, punch out then terus say babai dgn my collegue. Saya buka pintu belakang dan secara automatik terus pandangan saya ke tingkap. Subhanallah! Pelangi! Maknanya hujan yg tiba-tiba tadi adalah hujan panas!
Cantiknya pelangi. Saya ambik BB kesayangan, then snap! Siap! (terus upload kat FB and setakat pukul 10 mlm tadi, dpt 11 likes,2 comments utk pic pelangi tersebut. Eleh tu pon nak bagitau ker? Yups. Blog I kan? Eh?)
Saya ambik makna pelangi tersebut adalah seperti kehidupan. Tadi kan cerah, then tetiba hujan, then muncul pelangi yg sangat indah. Begitulah kehidupan kan? Kita rasa sangat bahagia, sangat gembira. Tetiba ada sesuatu yg buat kita down and terus nangis. Kita bersabar dan berkat kesabaran itu, muncul pula keindahan hidup yg lain. Mcm kemunculan pelangi selepas hujan.
Lepas siap upload,saya pun berjalan menuju ke kereta. Hah sudah.. Budak nyanyuk ni tak kunci kereta lagi.. Rasanya bukan pasal nyanyuk kot (tak mengaku). Tapi pasal pagi tadi sampai ofis jer banyak sungguh sms masuk. Sampai lupa nak kunci kereta sebab teruja nak baca sms (padahal sms semua dari my colleagues).
Bila saya masuk dlm kereta yg kebetulan menghadap pelangi, saya perasan pelangi tu makin hilang. Dan begitulah jugak kehidupan kan. Lepas dtg satu keindahan, tetiba ada masalah lain pulak yg dtg menyebabkan keindahan tadi terasa tidak indah lagi. Itulah yg dikatakan YANG TERINDAH HANYA SEMENTARA.. Hidup hidup. Please dong jgn kejam padaku! Please be kind to me!